25 May 2008

Akan Muncul..!! - Jimat Hendrik (mukasurat 1)

Serba-serbi Jimat Hendrik mahu rock. Dalam kepalanya tiada benda lain selain rock, rock dan rock. Berpakaian mesti mahu rock. Berjalan, teknik menunggang motosikal, makan nasi, gaya percakapan hinggalah ke aspek membeli putu piring di pasar malam semuanya selagi boleh dilakukan dengan personaliti rock yang unggul. Bagi Jimat Hendrik, itu semua satu tuntutan yang perlu ditunaikan untuk menjadi mat rock yang sejati, berkualiti dan sempurna. Pendek kata dia tidak mahu wujud sedikit pun frasa ‘tidak rock’ dari mulut khalayak di sekitarnya. Jimat Hendrik bukan main-main punya rock. Sejak tadika dia bergelumang dengan muzik rock. Dia faham benar asam garam dunia rock. Kalau rock ada 9 peringkat, Jimat Hendrik atau Muhamad Bin Amram mungkin di peringkat 8. Hanya kurang satu tahap untuk menyaingi idolanya, Amy Search.

“Hah nak pergi mana tu Mat? Terenjut-enjut berjalan. Macam orang tak sihat pun ada mak tengok.” tegur Makcik Normala S yang tiba-tiba muncul dari dapur.

“Ini namanya rock mak..” balas Jimat Hendrik selamba rock.

“Rock apa jadah macam tu..?” komen Makcik Normala S tepat melekat ke muka Jimat.

Jimat Hendrik diam. Hatinya membara. Itulah Jimat Hendrik. Pantang digelar tidak rock. Tetapi Jimat akur, syurga di bawah telapak kaki ibu.

“Minta duit sikit mak..”

Dan biasanya rock memang parak.


NotaJimatHendrik- Gua sengaja kasi letak ini di sini. Barulah gua ada motivasi sikit nak siapkan dalam tempoh sebulan ni..

18 kompelin:

Rhona said...

rosak, rosak.

rene said...

kelakarla lu mat.

famia said...

berapa muka semua skali.

Amaradona said...

ceh..jimat ni blom kenal lagi nikmat, thelord of darkness..tahap rock peringkat 11,sama dengan Mael XPDC..

A t i Q a h said...

Ooo..inilah projek nya. okeh. aku siap2 kumpul duit. huhuhu

Dila Raden said...

kau kena tag

sila sebarkan virus ini

zawanbaba said...
This post has been removed by the author.
sak said...

lu dah siap banyak mana dah. nih la yang gua tengok dalam komputer lu sejak 2-3 minggu lepas. ade progress ke

zawanbaba said...

“Hah nak pergi mana tu Mat? Terenjut-enjut berjalan. Macam orang tak sihat pun ada mak tengok.”

haha..semalam gua tgk pi mai pi mai tang tu, Pak Uda ada buat gaya jalan gaya Jinggo Rock macam ni..babi betulla..lawak nak mampus

Tok Rimau said...

Tak rock la tulis tergantung camni.

tasikmerah said...

mintak mak duit tu tersangatlah rocknye.... keh keh..

Taf Teh said...

buku baru la tu....

Princess Liyana said...

:)

pipiyapong said...

Rhona- apa benda yang rosak ni..??

rene- gua serius beb..

famia- haha ada le sikit2..buat cover line..

amar- nanti gua cerita bab tu..lu jgn risau..

atiqah- hah kumpul2..haha

dila raden- cik dila..boleh saya bertanya?? berapa kali gua nak kena tag mende yang sama nih???

sak- hehe ada le..lu dtg dulu bawak sparepart gitar..

zawanbaba- hehe enjut baru rock..itu tuntutan..

tok rimau- woi..tulis habis kang tak bisnes le..

tasikmerah- haha itu memang sinonim dengan rock

tafteh- hehe mana lu tau?

princess- apa sengih2??

syik s. said...

ooo yang ini ke? gua rasa kena dah kut dengan konsep lu...teruskan teruskan...sebulan ha...ingat, sebulan!

k.a.s.u.t.g.o.m.b.a.k said...

tak rock langsung.

huhu..

che sue said...

jimat hendrik patut tunjuk isyarat rock kat makcik normala S..sambil ckp..."janji rock mak!" ~ utk balasan kata2 makcik normala..

siskinny said...

jimat-jimat la duit tu jimat oi!