06 July 2009

Ranjau Sepanjang Laluan Pejalan Kaki

2006

Biasa gua tulis time balik dari lepak kedai Ali Kapak. Dalam pukul 2-3 pagi gua buka komputer vintaj rumah gua. Sementara nak tunggu komputer gua tu dah sampai tahap optimum iaitu tahap boleh buka program menaip, gua intai tudung saji. Gua makan nasi. Jadi kutu memang kena makan lambat sikit. Kemudian bancuh kopi. Kalau ada susu, gua bancuh nescafe. Cuma ada sekali gua tersilap terbancuh gula merah. Bersembur bila minum. Tak patut betul dia punya rasa. Kemudian gua taip apa-apa yang patut mengikut kadar rokok. Kalau rokok ada 2 batang, sikitlah gua taip. Tapi kalau terserempak rokok abah gua, gua rembat juga sebatang dua.

Bangun tidur esoknya dah pukul 2 petang. Gua basuh muka layan drama bersiri Malin Kundang. Habis drama gua layan radio. Dengar rancangan lagu-lagu rock. Tepat pukul 4 gua mandi mandi. Kemudian gua kasi 'on' komputer. Gua copy apa yang gua tulis semalam masuk dalam disket. Masa tu gua tak kenal lagi binatang pendrive. Selesai operasi salin gua, gua start kereta abah gua, gua pecut pergi bandar. Kalau kereta abah gua takde minyak, gua pandu perlahan kasi jimat minyak. Tapi kalau ada rezeki lebih, gua tuang juga minyak merah RM5. Cuma jarang-jarang rezeki gua murah waktu tu.

Sampai bandar, gua menghala ke Lipis Centrepoint. Bangunan bodoh. Gua panjat tangga pergi kafe siber Oyie, kawan satu kampung gua. Gua masuk disket gua bawa dalam komputer, gua kemas kini entri terbaru blog gua. Gua usha-usha blog gua lebih kurang. Komen memang jangan harap nak muncul. Blog orang lain pun jangan harap gua nak baca. Selesai semuanya, gua suruh Oyie kira. Tapi dia kira macam mana pun, gua tetap ejas kasi dapat harga paling murah. Purata 30 sen memang dalam tangan.

Keluar kedai Oyie, gua pergi mengaji (minum kat kedai Aji). Kutu-kutu semua dah tunggu sambil layan lagu-lagu album terkini dari kedai kaset tingkat 1.


2009

Gua boleh tulis entri bila-bila masa dan kemas kini bila bila masa. Komputer sebelah tilam saja. Taip pakai kaki pun boleh, taip pakai hanger pun boleh kalau malas. Tapi gua tak ada banyak masa lagi. Lagi -lagi bila gua dapat tahu semalam bahawa sebenarnya kereta gua adalah sebuah Decepticon.


Berjaya juga gua tulis entri tergampang sepanjang zaman.


Notakaki: Selamat pengantin baru Mukhriz Latif. Sampai hati lu tak simpan lauk udang untuk gua...


Macam dalam TV.

03 July 2009

The Cure dulu pun masa baru muncul main barai juga...



Dah lebih 2 tahun gua simpan dalam komputer gua. Tak pernah tunjuk kat siapa-siapa. Macam celaka juga main masa ni. Baru kali kedua naik pentas. Asyik rasa nak muntah je sebelum main. Tapi sekarang ni rasanya sama lagi.


(Laporan penuh)

Arsenal

Botol air hadiah daripada bekas makwe. Beli kat stadium Arsenal di London. Amacam? Sweet tak?

Gua tak tahu lagi nak isi air apa dalam ni. Harap-harap bila dah lama sikit nanti, tak masam macam botol air telefon gua masa sekolah rendah dulu.

01 July 2009

Beli Pakai Duit Tabung Haji

Barisan tiket untuk orang kampung gua. Anda bila lagi? Jangan lupa. Singlet pun gua dah order. Kalau tak jadi, siap lu Amy.